Silent wanderer...

Silent wanderer...

Thursday, August 25, 2011

Tempat lain,perasaan sama...

Hah...beberapa minggu ni amat meletihkan...tak sure either sebab kakak aku dah takde...atau memang letih sebab kerja asyik bertambah...hari ni boleh relaks sikit...cuti raya mula esok...cuti raya!


Kawan-kawan sekelasku dah mula plan nak keluar masa cuti...seperti biasa,aku tak diajak...biasa la kan...the one who is quiet selalu will be the one to be left behind...letih la macam ni...dulu kat sekolah...sekarang kat sini...maybe nasib aku memang selalu akan jadi macam ni...sebanyak mana aku nak jadi seperti mamat2 dalam kelas yang pandai buat lawak,aku tak boleh...itu bukan diri aku? aku pun tak tahu...kawan2 sekolah pulak,bila aku ajak datang rumah marah...aku ajak marah...tak ajak marah...make up your mind please...itu pun aku dah cukup baik nak ajak orang macam kau yag selalu ketepikan aku sepanjang zaman sekolah...


Memilih pulak...buat tension je...dah la kau pun tak pernah ajak aku keluar...ajak yang popular2 je...kononnya la berlagak otak macam matang sangat...lelaki...perempuan...sama je...letih la macam ni...rasa macam masa form 3 balik...but time sekolah ada juga beberapa orang yang aku boleh percaya untuk bergantung...dalam kelas aku sekarang,nampaknya tiada...aku masih ada kawan2 lama...aku tahu...tetapi susah nak contact sebab takut ganggu...nampaknya perasaan ni datang balik...

Sunday, August 7, 2011

Give up...

I give up...i've tried and tried...kwn ke...x?

I think i know now why normal guys doesn't tell their problems to other people...it's useless...i had it...

Kata je,"aku sokong kau","beritahu la kalau ada masalah"...

Bila beritahu je,kena hentam...

Bila beritahu je,mcm tak nak tolong...

Kalau tak nak tolong in the 1st place,jangan cakap ayat2 mcm tu...memberi orang harapan memang kesalahan yang besar...

Everytime i try to ask for help,the problem just gets bigger...

Fine then...


"I'll endure all the hate and pain on my own!" - Naruto Uzumaki

Monday, August 1, 2011

Kakakkku...

Sudah nak masuk 5 hari kakak aku dah tiada di tanah malaysia...hari jumaat lepas,bila aku balik rumah,aku tercari-cari dia...teringat pula yang dia sudah di india...
jumaat lepas aku sakit,jadi memang pelik sikit la dah tak dengar suara gelak ketawa dia...sehari lepas dia bertolak...aku asyik rasa nak marah je dekat seorang perempuan di dalam kelas aku ni..
Mula-mula aku fikir aku dah minat kat dia...tengok-tengok bukan..itu hanya perasaan palsu...dan aku bukan marah kat dia sebenarnya hari tu...aku cuma marah yang kakak aku yang aku paling rapat dah tiada di tanah malaysia...
Aku marah yang keadaan makin berubah...cepat sangat berubah...dan aku rasa aku tak boleh nak kejar...
Rabu lepas,pukul 1.15 ayah aku ambil aku dari kelas dan terus balik rumah nak siapkan kereta untuk letak beg..aku masuk rumah nampak saudara aku bersama dengan kakak aku..aku lupa yang dia datang sekejap nak jumpa kakak aku sebelum pergi ke india...
Dia pergi ke bilik komputer nak masukkan lagu dalam harddisk dia...aku bercerita sikit sebelum pergi makan..
Kita solat-solat sebelum bertolak ke KLIA...
Aku ikut ayah aku nak park kereta..tengok-tengok kakak aku ada tinggalkan beberapa barang dekat rumah...kita patah balik nak pergi ambil..
Aku dengan ayah aku ambil kesempatan untuk solat asar dulu sebelum pergi balik ke KLIA...kita jumpa mereka kat KFC..kita makan bersama dengan dua orang yang sangat mulia dan baik hati bagi aku kerana sanggup datang jauh-jauh hanya untuk jumpa kakak aku..dan kita solat dulu...dan orang JPA panggil kakak aku untuk briefing...
dah nak dekat pukul 9...dia kena kumpul dekat escalator international...aku tak sangka yang dia akan mengalirkan air mata kerana dia seorang yang sangat kuat bagi aku...lagi kuat dari aku yang merupakan seorang lelaki...bila aku nampak dia mengalirkan air mata,kakak aku yang lain mengalirkan air mata juga....dan aku tak sanggup nak pandang dia...aku pandang ke tempat lain...tak nak kakak aku nampak yang air mata aku nak keluar...memang tak dapat tahan...aku ingin peluk dia kuat-kuat dan kata yang aku sayang dia...tetapi tak terjadi...aku hanya cium tangan dia dan lepaskan dia...aku nampak dia turun tangga dan kawan-kawan dia yang datang sekali turut mengalirkan air mata...
Aku dapat rasa yang dia cuba untuk tidak pandang kita sekeluarga sebab takut tak boleh berhenti dari menangis...sebab fikiran kita agak sama..dan itu apa yang aku akan buat kalau aku di tempat dia...tetapi disebabkan keluarga,terpaksa juga pandang sebab sayang sangat...kita ikut dia dengan memandang dia dari atas sampai dia masuk 'airtrain'...kemudian bila dah pukul 10,30,mak aku kata kita patut balik...sepanjang kita jalan nak balik,rasa senyap je...sebab dia yang selalu bising bila semua orang senyap...kali ni memang senyap...aku cuba jadi bising sebab tak nak keluarga aku sedih sangat...tetapi aku pun turut rasa sedih...
Bila aku bangun pagi sabtu hari tu,aku keluar bilik dan secara automatik aku terus pergi ke bilik dia...tiba-tiba sedar yang dia dah tiada...sedih tengok bilik dia dah kosong...selalunya dia akan buat bising dengan pasang movie atau main keyboard dia dengan kuat..
Hari ni hari isnin...isnin minggu lepas,dia masih di sini dan sedang keluar dengan saudara aku di sunway pyramid...buat bising kat sana..aku tiada sebab aku ada kelas masa tu...sekarang ni,dah tiada orang yang aku nak lepaskan kemarahan aku malam-malam di rumah...aku kena manage sendiri...
Kita hanya beza 2 tahun...dan sejak kecil...sejak mana yang aku boleh ingat,dia selalu jaga aku dan selalu buat beberapa kerja lagi senang untuk aku...selalu teman aku pergi mana-mana...selalu main game dengan aku...masa di sekolah rendah,dia selalu tolong bayarkan yuran walaupun aku tahu buat sendiri...dia tolong aku jadi pengawas..dia selalu selamatkan aku dari terpaksa naik ke pentas...masa aku darjah 5,dia masuk sekolah menengah,aku terpaksa manage benda-benda sendiri..
UPSR aku dapat tandingi dia..yes...tetapi masa aku form 1,dia tak dapat tolong aku sangat sebab dia sedang mengalami tahun PMR...aku naik form 2 dan bila masih takde kawan,dia tolong aku..memperkenalkan effi dan lain-lain...dia cuba minta aku masuk tarian raksasa tetapi aku tak dapat masuk...dia masuk anggota PPS..dia minta aku masuk tetapi aku tolak..
Masa aku form 3,dia ajak lagi dan aku jadi PPS...aku tak nak jadi pengawas sebab nak teman dia...dia tolong aku buat revision dan sebab dia juga aku dapat 8A...aku tertekan sebab aku fikir aku tak cukup untuk semua orang untuk jadi kawan mereka time tu...tapi kakak aku asyik kata yang aku boleh lepak dengan dia...
Masa form 4,dia dah keluar dan macam bila darjah 5,aku rasa tiada orang jaga belakang aku lagi...tetapi bila dia dapat results SPM dia,aku sungguh gembira untuk dia sebab kalau dia boleeh dapat,bermakna aku pun boleh dapat...aku cuba dan cuba..dia banyak tolong aku dengan add maths..
Sama juga bila dah masuk form 5...setiap kali dia ada di rumah,senang lagi soalan jadi sebab dia ada untuk tolong...masa SPM aku dah dekat dia dah cuti,jadi memang lega hati aku...tetapi nampaknya usaha aku tak cukup sebab aku tak dapat results macam dia...itu je yang aku menyesal sampai sekarang...
Macam aku telah mengecewakan keluarga aku...sekarang ni dah masuk kolej,semua kawan-kawan aku sibuk dengan hal masing-masing dan aku tak sanggup nak bebankan mereka lagi..aku perlukan keluarga aku masa ni...tetapi aku tak dapat nak berkata apa-apa...